Ringkasan Situs Kami Disini... BACA!

Al-Iman Al-Habib Alawi Bin Abdullah Bin Aydarus Bin Syihab (1303 H -1386 H)

Al-Iman Al-Habib Alawi Bin Abdullah Bin Aydarus Bin Syihab (1303 H -1386 H)
Sufyan bin ‘Uyainah berkata:
عِندَ ذِكْرِ الصَّالِحِينَ تَنزِلُ الرَّحْمَةُ
Tatkala menyebut orang-orang saleh, turun rahmat.

Al-Iman Al-Habib Alawi Bin Abdullah Bin Aydarus Bin Syihab (1303 H -1386 H)

AL-IMAN AL-HABIB ‘ALAWI BIN ‘ABDULLAH BIN ‘ AYDARUS BIN SYIHAB رضي الله عنه (1303H-1386H)

Nama beliau harum masyhur di kota Tarim. Kisah mengenai beliau sentiasa meniti di bibir penduduk kota Tarim. Karamahnya masyhur diperkatakan orang. Kata-kata hikmat dan pengajaran beliau sering dipetik oleh para Saadah Ba'Alawi di kota Tarim. Beliau adalah salah seorang auliya dari kota Tarim.

Nasab

Beliau adalah al-‘Arif ar-Rabbani wa al-Mursyid ash-Shomadaani, al-‘Allamah al-Faqih, Syeikh Tarim fi ‘Ashrihi al-Habib al-Munib ‘Alawi bin ‘Abdullah bin ‘Aidarus bin Muhammad bin ‘Ali bin ‘Abdullah bin ‘Aidarus bin ‘Ali bin Muhammad bin asy-Syeikh Syihabuddin (al-Ashghor) Ahmad bin ‘Abdurrahman ibn asy-Syeikh Syihabuddin (al-Akbar) Ahmad bin Abdurrahman bin Syeikh ‘Ali bin Abu Bakar as-Sakran bin bin ‘Abdurrahman as-Saqqaf bin Muhammad Maula ad-Dawilah bin ‘Ali Shohib al-Dark bin ‘Alawi al-Ghuyur bin al-Faqih al-Muqaddam Muhammad bin ‘Ali bin Muhammad Shohib al-Mirbath bin ‘Ali Khali’ Qasam bin ‘Alawi bin Muhammad bin ‘Alawi bin ‘Ubaidullah bin Imam al-Muhajir Ahmad bin ‘Isa al-Rumi bin Muhammad al-Naqib bin ‘Ali al-Uraidhi bin Ja’far as-Shadiq bin Muhammad al-Baqir bin ‘Ali Zainal ‘Abidin bin Hussin al-Sibth putera kepada Sayyidina ‘Ali bin Abi Thalib dan Sayyidah Fathimah al-Zahra’ binti Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم. Bonda beliau bernama Fathimah binti Muhammad bin Umar bin Ahmad Bilfaqih.

Kelahiran

Dilahirkan di kampung an-Nuwaidirah di Kota Tarim al-Ghanna pada Muharram 1303H. Tumbuh membesar di dalam keluarga yang berilmu lagi bertaqwa. Beliau dibesarkan, dipelihara dan didik oleh bonda beliau sendiri kerana tatkala itu ayahandanya merantau ke tanah Jawa. Di samping itu beliau juga di didik oleh bapa saudaranya al-Habib Muhammad bin ‘Aidarus binSyihab. Membesar di dalam suasana kehidupan yang sederhana. Sewaktu kecil beliau menderita sakit yang parah yang menggangu pertumbuhannya. Maka tatkala al-Habib ‘Aidarus bin ‘Umar al-Habsyi (1237H – 1314H) menziarahi kota Hawi maka peluang ini di-ambil oleh bapa saudaranya untuk membawanya bertemu dengan al-Habib ‘Aidarus bin ‘Umar al-Habsyi untuk didoakannya. Al-Habib ‘Aidarus bin ‘Umar al-Habsyi adalah seorang yang sangat ‘alim (al-‘Allamah) dan seorang ‘arifbillah. Beliau adalah merupakan seorang musnid dan digelar sebagai Musnid Hadhramaut. Al-Habib ‘Aidarus bin ‘Umar al-Habsyi meletakkan tangannya ke perut al-Habib ‘Alawi bin ‘Abdullah BinSyihab dan menyapu kepalanya sambil membacakan doa selama satu jam. Kemudian beliau berpesan kepada al-Habib Muhammad bin ‘Aidarus agar memberinya minum sejenis minyak (samin). Seterusnya al-Habib ‘Aidarus bin ‘Umar al-Habsyi berkata: InsyaAllah, dia akan sembuh. Sesungguhnya aku tidak datang ke sini kecuali untuk anak ini. Ini merupakan satu isyarat bahwa saatu ketika kelak al-Habib ‘Alawi bin ‘Abdullah BinSyihab akan menjadi orang besar.

Bonda beliau wafat pada ketika usia beliau 11 tahun iaitu pada tahun 1314H. Pada usianya 14 tahun, bapa saudaranya, al-Habib Muhammad bin ‘Aidarus pula wafat.

Pendidikan dan Guru-guru Beliau: Al-Habib ‘Alawi belajar al-Qur’an, membaca dan menulis dengan Syeikh ‘Abdurrahman bin Muhammad bin Salman BaHarmi di Mi’lamah al-Aidarus al-Akbar. Kemudian selepas itu belajar di Qubbah asy-Syeikh ‘Abdullah bin Syeikh al-‘Aidarus ilmu fiqih, nahwu dan tasawwuf dengan al-Habib Syeikh bin ‘Aidarus bin ‘Abdullah al-‘Aidarus dan al-Habib Ahmad bin Muhammad bin ‘Abdullah al-Kaf.

Beliau juga belajar pada al-Habib ‘Abdurrahman bin Muhammad bin Hussin al-Masyhur iaitu Mufti Hadhramaut dan pengarang kitab Bughyatul Mustarsyidin yang masyhur itu. Beliau belajar pada ulama tersohor ini di zawiyah Masjid Syeikh ‘Ali. Pada mula beliau belajar pada al-Habib ‘Abdurrahman al-Masyhur setiap hari Isnain dan Khamis, kemudiannya beliau menghadiri keseluruhan pengajian yang dipimpin al-Habib ‘Abdurrahman al-Masyhur.

Pada tahun 1318, tatkala Tarim dilanda wabak taun, masyarakat Tarim tidak berani keluar dari rumah mereka. Ketika itu guru beliau al-Habib ‘Abdurrahman al-Masyhur menyuruh beliau untuk tetap mengikuti pengajian. al-Habib ‘Abdurrahman al-Masyhur menasihati beliau: “Jangan takut, kamu tidak akan menderita penyakit tersebut". Beliau taat dengan perintah gurunya dan keluar mengikuti pengajian hariannya sebagaimana biasa, dan alhamdulillah, dengan berkat taat pada saranan guru juga berkat doa dari gurunya, beliau selamat dari wabak tersebut.

Selain dari yang disebutkan diatas, Al-Habib ‘Alawi belajar dari ramai ulama-ulama besar di Hadhramaut pada zamannya. Antaranya: Al-Imam al-‘Allamah ‘Abdullah bin ‘Umar asy-Syathiri (1290 – 1361); Al-Habib al-‘Allamah al-Hasan bin Sholeh al-Jufri al-Bahr (wafat 1319); Al-Habib al-‘Allamah ‘Ali bin Muhammad al-Habsyi (1259 – 1333); Al-Habib al-‘Allamah Ahmad bin Hasan al-‘Atthas (1275 – 1334); Asy-Syeikh al-‘Allamah al-Faqih Ahmad bin ‘Abdullah bin Abu Bakar al-Bakri al-Khatib (1275 – 1331); Asy-Syeikh al-‘Allamah Mufti Tarim Abu Bakar bin Ahmad bin ‘Abdullah al-Bakri al-Khatib (1268 – 1356); Al-Habib al-‘Allamah ‘Alawi bin ‘Abdurrahman bin Abu Bakar al-Masyhur (1263 – 1342); Al-Habib al-‘Allamah Aidarus bin ‘Alawi bin ‘Aidarus al-‘Aidarus; Al-Imam al-‘Arif al-Habib Muhyiddin bin ‘Abdullah bin Husain Bilfaqih; Al-Habib al-‘Allamah Seggaf bin Hasan bin Ahmad bin Husain al-Aidarus; Asy-Syeikh al-‘Allamah al-Faqih Fadhal bin ‘Abdullah ‘Irfan; Al-Habib al-‘Allamah ‘Ali bin ‘Abdurrahman al-Masyhur; Al-Habib al-‘Allamah Jamaluddin Muhammad Salim as-Sirri; Al-Habib al-‘Allamah ‘Abdullah bin ‘Ali bin Syihab.

Al-Imam al-‘Allamah ‘Abdullah bin ‘Umar asy-Syathiri, apabila menyebut tentang al-Habib ‘Alawi bin ‘Abdullah BinSyihab, berkata: Memadailah bagi Rubath Tarim sebagai satu kebanggaan sekiranya ia mengeluarkan darinya seorang yang seumpama ‘Alawi bin ‘Abdullah.

Mengajar dan Murid-murid Beliau: Beliau juga mengajar di Zawiyah asy-Syeikh ‘Ali bin Abu Bakar. Kitab yang beliau baca adalah Minhaj ath-Tholibin, al-Iqna’ dan Fathul Mu’in, dan mengkhatamkan pengajian dengan membaca sedikit dari kitab-kitab tasawwuf seperti Ihya ‘Ulumiddin dan ditutup pengajian tersebut dengan bacaan Surah Yaasin. Beliau juga mengadakan rohah pada setiap hari Isnin dan Khamis di rumah beliau yang mana kemudiannya dipindahkan ke Masjid Surur. Majlis maulid beliau adalah setiap malam Selasa di Masjid Surur. Pada majlis itu dibacakan Sirah Nabawiyyah dan memberi nasihat dan peringatan.

Dalam salah satu rehlah dakwah al-Imam al-Habib ‘Abdullah bin ‘Umar asy-Syathiri, di luar kota Tarim, beliau menghendaki seseorang menggantikan tempat beliau mengajar di Rubath Tarim, namun beliau tidak menemukannya melainkan al-Imam al-Habib ‘Alawi bin ‘Abdullah BinSyihab. Maka beliau pilih al-Imam al-Habib ‘Alawi bin ‘Abdullah BinSyihab mengajar di Rubath Tarim pada hari Sabtu dan Rabu. Dan setelah kewafatan al-Imam al-Habib ‘Abdullah bin ‘Umar asy-Syathiri pada tahun 1361, al-Imam al-Habib ‘Alawi bin ‘Abdullah BinSyihab menggantikan tempat beliau untuk mengajar dan berteruskan sehinggalah beliau wafat pada 1363.

al-Habib Umar bin 'Alawi al-Kaf

Antara murid-murid beliau adalah anak-cucu beliau iaitu Muhammad dan cucu beliau ‘Abdullah, ‘Ali dan Abu Bakar; al-‘Allamah al-Habib Ahmad bin ‘Abdurrahman bin ‘Ali as-Seggaf; al-‘Allamah al-Habib Muhammad bin Hadi bin Hasan as-Seggaf; al-‘Allamah al-Habib ‘Abdurrahman bin ‘Ubaidullah bin Muhsin as-Seggaf; al-‘Allamah al-Habib ‘Abdullah bin Thahir al-Haddad; al-‘Allamah al-Habib ‘Alawi bin Thahir al-Haddad; al-‘Allamah al-Habib Salim bin Hafidz ibn Syeikh Abu Bakar bin Salim (datuk kepada Guru Mulia al-Habib ‘Umar); al-‘Allamah al-Habib Muhammad bin Salim bin Hafidzbin Syeikh Abu Bakar bin Salim (ayahanda kepada Guru Mulia al-Habib Umar. Beliau telah menghimpun kata-kata hikmah guru beliau al-Habib ‘Alawi BinSyihab di dalam 6 jilid kitab berjudul Majmu’ Kalam wa Mawa’idz al-Habib ‘Alwi bin Abdullah bin Syihab yang masih berbentuk manuskrip); al-Habib ‘Abdul Qadir bin Ahmad Bilfagih; al-Habib Zein bin Ibrahim bin ZeinBinSumaith (al-Habib Zein mengikuti majlis-majlis pengajian al-Habib ‘Alawi bin ‘Abdullah bin Syihabuddin di Rubath Tarim dan di Zawiyah asy-Syeikh ‘Ali bin Abu Bakar . Selain itu mengikuti rohah minggunan yang diadakan di masjid Surur); al-‘Allamah al-Habib ‘Umar bin ‘Alawi al-Kaf (beliau menulis manaqib gurunya ini dalam kitab berjudul Tuhfah al-Ahbaab wa Tazkirah Uli al-Albaab bi Dhikr Nazr Min Manaqib al-‘Arifbillah al-Wahhaab al-Habib ‘Alawi bin Muhammad bin ‘Aidarus bin Muhammad ibn Syihab); al-Habib ‘Abdul Qadir bin Ahmad bin ‘Abdurrahman bin ‘Ali as-Seggaf dan ramai lagi.

Ibadah beliau

Beliau banyak mengerjakan sholat, di mana sholat adalah penyejuk hatinya. Sentiasa memelihara dan istiqamah sholat sunat Rawatib, Witir, Dhuha, Tahajjud, membaca al-Qur’an, aurad dan wirid. Beliau berjaga untuk betahajjud di akhir malam di rumah beliau, kemudian keluar ke Masjid Surur, lalu membaca al-Qur’an sehingga terbit fajar. Kemudian menunaikan sholat Shubuh dan setelahnya kembali ke rumah beliau membaca aurad sehingga terbit matahari. Kemudian mengerjakan sholat Dhuha. Beliau menghidupkam masa di antara Maghrib dan ‘Isya di Masjid Almaas. Di dalam bulan Ramadhan beliau hanya tidur 2 atau 3 jam sahaja, selebihnya adalah untuk beribadah.

Suatu ketika seorang ulama bermimpi bahwa kubur al-Imam al-Habib ‘Alawi bin ‘Abdullah bin Syihabuddin berada di halaman masjid al-Habib ‘Abdullah bin Syeikh al-Aidarus sedang dikerumuni oleh masyarakat, sesudah lapan hari dia menceritakan mimpinya kepada al-Habib ‘Abdullah bin ‘Alawi bin Zein al-Habsyi, lalu beliau menjawab: “Nafsu kita masih hidup dalam diri kita masing-masing, sementara nafsu al-Habib ‘Alawi bin ‘Abdullah bin Syihabuddin sudah terkubur dalam kuburan tersebut”.

Akhlaq Dalam Berdakwah: Seorang yang lembut hati dan sabar dalam berdakwah, mewarisi akhlaq luhur datuk beliau, Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم.

Guru Mulia al-Habib ‘Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafidz ibn Syeikh Abu Bakar bin Salim mencerita tentangnya. Kata Guru Mulia: “Masyrakat di zaman al-Imam al-Habib ‘Alawi bin ‘Abdullah bin Syihabuddin pernah melempari bahagian luar Masjid Surur dengan kotoran haiwan ketika al-Imam al-Habib ‘Alawi bin ‘Abdullah bin Syihabuddin di dalam Masjid Surur untuk meghadiri pembacaan Maulid. Walaupun demikian, al-Imam al-Habib ‘Alawi bin ‘Abdullah bin Syihabuddin tidak pernah membalas, tetap bersabar, teguh pendirian dan terus berdakwah sehingga seluruh masyarakat menerima dakwahnya”.

Habib 'Alawi bersama anak beliau Habib Muhammad

Guru Mulia bercerita lagi: “Masyrakat dahulu berkata: ‘Alawi bin Syihabuddin tidak mengerti apa-apa. Dia ingin masyarakat semua berada dalam thoriqohnya. Zaman sekarang berbeda, tidak seperti zaman dahulu. Dia tidak tahu cara mendidik masyarakat, dia tidak tahu waktu. Meskipun demikian, al-Imam al-Habib ‘Alawi bin ‘Abdullah bin Syihabuddin tetap shiddiq, ikhlas dan beradab dengan Allah. Bashiroh beliau bersinar. Beliau menjaga mu’amalah beliau dengan Allah Ta’ala dengan cara berakhlaq mulia kepada orang tua dan anak-anak. Akhirnya mereka tunduk kepada beliau. Orang yang sangat membenci beliau lalu berhenti mencelanya”.

Kewafatan beliau: al-Imam al-Habib ‘Alawi bin ‘Abdullah bin Syihabuddin wafat pada 12 Ramadhan 1386. Beliau dimakamkan di Pemakaman Zanbal. Setelah pemergian beliau, tempat beliau diganti oleh anak beliau al-Habib Muhammad bin ‘Alawi bin ‘Abdullah BinSyihab. Dan setelah al-Habib Muhammad wafat, tempat diganti oleh al-Habib ‘Abdullah bin Muhammad bin ‘Alawi bin ‘Abdullah BinSyihab. Beliau dulunya dikenali sebagai Qalbu Tarim dan kini di kenali sebagai Ainut Tarim. Alhamdulillah al-fagir sempat beberapa kali menziarahi al-Habib ‘Abdullah BinSyihab dan mendapatkan doa serta ijazah daripada beliau. Dan dapat juga bertabarruk dengan kopiah yang pernah dipakai oleh al-Habib ‘Alawi bin ‘Abdullah BinSyihab. Alhamdulillah.

Makam al-Habib 'Alawi dan anak beliau al-Habib Muhammad

Kata-kata beliau: Rasa Cemburu Pada Agama Mulai Hilang: “Dalam sebuah akhbar (hadits) disebutkan bahwa di akhir zaman kelak akan ada orang-orang yang hatinya luluh seperti garam yang larut dalam air, kerana mereka melihat kemungkaran tapi tidak mampu memusnahkannya. Sekarang aku melihat rasa cemburu pada agama telah mati. Sehingga andaikata setengah warga kota menjadi kafir, maka tidak akan ada satu bulu roma pun yang berdiri dan tidak ada seorang pun yang terluka hatinya. Kalian wajib berdakwah, memberikan peringatan. Semoga Allâh memandang kita semua.

Posting Komentar

Persetujuan Cookie
Kami menyajikan cookie di situs ini untuk menganalisis lalu lintas, mengingat preferensi Anda, dan mengoptimalkan pengalaman Anda.
Oops!
Sepertinya ada yang salah dengan koneksi internet Anda. Silakan sambungkan ke internet dan mulai menjelajah lagi.
AdBlock Terdeteksi!
Kami telah mendeteksi bahwa Anda menggunakan plugin pemblokiran iklan di browser Anda.
Pendapatan yang kami peroleh dari iklan digunakan untuk mengelola situs web ini, kami meminta Anda untuk memasukkan situs web kami ke dalam daftar putih di plugin pemblokiran iklan Anda.