Biodata dan Sejarah Ringkas Nabi Muhammad SAW

"Biodata dan Sejarah Ringkas Rosululloh Nabi Muhammad SAW"

House Shine 7 menit baca
Biodata dan Sejarah Ringkas Nabi Muhammad SAW


Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam adalah Utusan Allah yang terakhir. Baginda adalah pembawa rahmat untuk seluruh alam dan merupakan Rasulullah bagi seluruh umat di dunia. Sesungguhnya Nabi Muhammad SAW merupakan satu anugerah dan karunia Allah SWT kepada umat manusia untuk menunjukkan jalan yang lurus dan benar.

Baginda bukan cuma diangkat sebagai seorang rasul tetapi juga sebagai khalifah, yang memimpin angkatan tentera Islam, membawa perubahan kepada umat manusia, mengajarkan tentang arti persaudaraan, akhlak dan arti kehidupan yang segalanya hanya kerana Allah SWT.

Nabi Muhammad dilahirkan di Mekah dan wafat di Madinah. Nabi Muhammad SAW merupakan Rasul dan Nabi terakhir bagi umat manusia dan seluruh alam. Nabi Muhammad merupakan pelengkap ajaran Islam. Beliau juga digelar Al Amin (الأمين) yang berarti 'yang terpuji'.

Biodata Rasulullah SAW

1.Nama:Muhammad bin ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim
2.Tanggal Lahir:Senin, 12 Rabiul Awal / 20 April 571 M (dikenal sebagai tahun gajah; karena bersamaan dengan peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Mekah)
3.Tempat lahir:Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah
4.Nama Ayah:‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim
5.Nama Ibu:Aminah binti Wahab bin ‘Abdul Manaf
6.Pengasuh pertama:Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan Ayah Rasulullah SAW)
7.Yang menyusui pertama:Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)
8.Yang menyusui kedua:Halimah binti Abu Zuaib As-Sa’diah (lebih dikenali Halimah As-Sa’diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)

Sejarah Ringkas Rasulullah Saw

Usia 5 Tahun

  • Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bagian syaitan yang wujud di dalamnya.

Usia 6 Tahun

  • Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan wafat di Al-Abwa’ (sebuah kampung yang terletak di antara Mekah dan Madinah)
  • Baginda diasuh oleh Ummu Aiman (hamba perempuan Ayah Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh kakeknya ‘Abdul Muttalib.

Usia 8 Tahun

  • Kakeknya, ‘Abdul Muttalib wafat.
  • Baginda diasuh oleh pamannya, Abu Talib.

Usia 9 Tahun

(Sebagian riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).
  • Bersama Pamannya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan (berdagang).
  • Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendeta Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.

Usia 20 Tahun

  • Terlibat dalam peperangan Fijar. Ibnu Hisyam di dalam kitab ‘Sirah’ , jilid 1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Nabi Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperan mengumpulkan anak panah.
  • Menyaksikan ‘ perjanjian Al-Fudhul’; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Mekah.

Usia 25 Tahun

  • Bermusafir kedua ke Syam atas urusan perniagaan barang milik Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah.
  • Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah.
  • Baginda SAW bersama Abu Talib dan beberapa teman pamannya yang lain pergi bertemu Amru bin Asad (Paman Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
  • Mas kawin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

Usia 35 Tahun

  • Banjir besar melanda Mekah dan meruntuhkan dinding Ka’abah.
  • Renovasi Ka’abah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Mekah.
  • Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ‘Hajarul-Aswad’ ke tempat asal dan sekaligus meredakan perbedaan pendapat tentang perletakan batu tersebut.

Usia 40 Tahun

  • Menerima wahyu di gua Hira’ sebagai pelantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.

Usia 53 Tahun

  • Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Sayidina Abu Bakar As-Siddiq.
  • Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiul Awal / 24 September 622 M.

Usia 63 Tahun

  • Rasulullah SAW wafat di Madinah Al-Munawwarah pada hari Senin, 12 Rabiul Awal tahun 11 H / 8 Juni 632 M.

Isteri-Isteri Rasulullah SAW

1.        Khadijah Binti Khuwailid
2.        Saudah Binti Zam’ah
3.        Aisyah Binti Abu Bakar (Putri Sayidina Abu Bakar)
4.        Hafsah binti ‘Umar (Putri Saidina ‘Umar bin Al-Khattab)
6.        Hindun Binti Suhail (digelar Ummu Salamah)
7.        Zainab Binti Jahsy
8.        Maimunah Binti Harith
10.    Zainab Binti Khuzaimah (digelar ‘Ummu Al-Masakin’; Ibu Orang Miskin)

Putra-Putri Rasulullah SAW

1.        Qasim
2.        Abdullah
3.        Ibrahim
4.        Zainab
5.        Ruqaiyah
6.        Ummi Kalthum
7.        Fatimah Al-Zahra’

Nabi Muhammad SAW juga mendapatkan julukan Abu al-Qasim yang bererti "bapak Qasim", karena Nabi Muhammad SAW pernah memiliki anak lelaki yang bernama Qasim yaitu anak baginda bersama Khadijah, tetapi ia meninggal dunia sebelum mencapai usia dewasa.
House Shine
House Shine Pengalaman adalah Guru Terbaik. Oleh sebab itu, kita pasti bisa kalau kita terbiasa. Bukan karena kita luar biasa. Setinggi apa belajar kita, tidahlah menjadi jaminan kepuasan jiwa, yang paling utama seberapa besar kita memberi manfaat kepada sesama.
2 komentar
Cari ...
Menu
Tampilan
Bagikan