Syekh Muhammad Samman al-Madani

elzeno
elzeno
Syekh Muhammad Samman al-Madani

Beliau adalah Tuan Syekh Muhammad bin Abdul Karim as-samman al-Qadiri al-Hasani di lahir kan pada tahun 1132 H, di madinaturrasul dari keturunan Rasulullah yang mulia jalur Sayyidina Hasan Ra
(syahdan) Adalah nama beliau sayyidi syekh samman itu dari pada lauhil mahfuz dan setengah dari pada WAZAN MAHDI menyebut kan yang demikian itu di dalam kitab THABAQAT bagi sayyid ahmad as-syarnubi,maka lihat lah di dalam THABAQAT nya itu

ADALAH TA’BIAT sayyidi syekh samman RA, kasih sayang kepada orang yang thalibul ilmu dan kepada orang yang sholih ,dan kepada orang yang faqir dan miskin dan lagi pula suka berkhidmah kepada orang yang ziarah ke maQam Rasulullah dari pada orang yang ‘alim dan orang yang sholih dari pada orang awam dan khawwas

Adalah TABI’AT SAYYIDI SYEKH SAMMAN selagi kecil hingga pada had mursyid’nya : adalah beliau sangat memulia kan ke dua orang tua beliau ,lagi pula mengekal kan musyahadatuwujud dan muraqabah dan ‘ibadah hingga beliau meninggal kan dari pada adat dan melawani hawa nafsu beliau hingga dari pada yang halal sekali pun ,dan tiada lah beliau tidur kecuali sedikit jua ,dan apabila di beri bantal oleh orang tua beliau maka keluh kesah lah beliau seperti orang yang sakit,dan apabila sampai pada waktu syahur beliau bangun dan membaca ratib syahur lalu sembahyang subuh berjama’ah dengan orang banyak lalu membaca ratib subuh hingga terbit matahari , dan apabila terbit matahari maka bangkit lah beliau untuk sholat sunat isyraq dua raka’at, dan apabila naik matahari seperempat maka bangkit lah beliau untuk sholat dhuha ,dan lagi pula adalah beliau membanyak kan puasa sunnat dan riyadhah dan menjauh kan dari bersedap dari lezat nya dunia sampai dari pada yang halal sekali pun ,dan adalah hal ihwal ini adalah hal jeada’an beliau semasa kecil beliau yakni sebelum balig nya , pada masa itulah beliau di suruh orang tua nya masuk ke dalam shiwan(tempat makan) untuk di beri makan makanan ,mana kala selesai makan di lihat oleh orang tua nya tempat ia makan se’olah” tak di makan beliau ,dan pergi lah orang tuanya kepada guru mengaji al-qur’an semasa kecil nya untuk menghabar kan hal ihwal anak nya ,maka di jawab oleh guru nya jangan lah engkau takut akan anak mu itu , tidak syak lagi bahwa ia adalah aulia allah da tidak khilaf lagi antara ulama,dan adalah sayyidi syekh samman apabila melihat orang tua nya memakai pakayan yang indah” atau memakai pakaian yang di larang syara’ maka di kata kan kepada nya wahai orang tua ku tidak lah suka Tuhan kita kepada orang yang bersuka” di dalam dunia ini ,demikian lah hal ihwal masa kecil beliau

(syahdan)adalah sayyidi syekh samman al-madani selalu dalam zdikir siang dan malam dan suka ber’ujlah (bersunyi dari manusia)dan masuk khalwat ,dan melajim kan ziarah ke baqi’ yakni pekuburan para istri” Rasulullah ,di madinaturrasul ,

DAN ADALAH HAL IHWAL NYA SAYYIDI SYEKH SAMMAN AL-MADANI pada masa bidayah nya yakni masa awal permula’an dia menjalani akan jalan tasauf beliau berpakaian dengan pakaian yang indah” kemudian datang sayyidi syekh sayyid abdul qadir al-jailani membawa baju jubah putih padahal adalah sayyidi syekh samman dalam kamar khalwat beliau dan memakai lah akan baju jubah itu sampai sekarang,dan adalah beliau sa’at itu menyembunyikan ilmu dan amal beliau hingga datang hadhdharurrasul memerintah kan untuk menzahir kan nya ,maka zhahir lah lebih zhahir dari matahari di tengah hari,dan berdatangan lah orang” untuk mengambi bai’at thariqat kepada beliau

SETENGAH PERKATA’AN SAYYIDI SYEKH SAMMAN AL-MADANI:-barang siapa membaca ” allahummagfir li ummati sayyidina muhammad,allahummarham ummata sayyidina muhammad ,allahummastur ummata sayyidina muhammad ,allahummajbur ummata sayyidina muhammad ” 4 kali sesudah sholat subuh sebelum berkata kata urusan dunia hal nya dia istiqamah adalah dia menempati martabat fadilah qutub-barang siapa mengambil tariqat kepada ku dan mengamal kan nya niscaya pasti ia akan mendapat kan rasa majzub di dalam dunia (di ambil oleh Allah aqal nya yang basyari’ah diganti dengan aqal yang bersifat rabbaniyah) yakni diambil oleh allah akan rasa punya wujud dan sifat dan af’al di ganti dengan rasa ‘adam mahdhah adam semata” yakni tiada punya wujud ,sifat dan af’al melain kan hanya Allah SWT yang punya wujud haqiqi,minimal sa’at sakaratul maut’ nya-adalah perkata’an ku ini seperti perkata’an sayyidi syekh abdul qadir al-jailani “barang siapa yang menyeru akan aku ya samman 3 kali hal keada’an nya mendapat kesusahan ,niscaya datang aku menolongi nya

(syahdan) adalah karamah sayyidi syekh samman teramat banyaknya dan sebagian karamat sayyidi syekh samman yang di riwayat kan mufriin bin abdul mu’in dengan kata nya : ketika aku berlayar ke negri hijaz mana kala aku sampai di tepi laut ku lihat mega hitam pekat dan datang angin topan yang kencang hingga kapal ku hampir tenggelam maka aku sangat takut ,lalu aku berteriak sehabis” suara ” ya samman 3 kali ya mahdali” maka tiba tiba ada dua orang yang datang dan memegang kedua sisi kapal ku dan reda lah angin tupan itu serta sampai lah aku ke negri hijaz dengan selamat

(syahdan) adalah sesorang untuk dapat fadhilah satu karamat aulia Allah hendak lah ia yaqin bahwa orang itu benar” aulia allah dan tidak syak sekali kali dan jangan mungkir walau pun hal keada’an nya menyalahi syara’

khatim ” adalah sayyidi syekh samman wafat pada hari rabu 2 zulhijjah tahun 1189 H, dan di maqam kan di baqi’ berhampiran dengan kubur para istri” Rasulullah

ini suatu fa’idah barang siapa yang melajim kan membaca manaqib sayyidi syekh samman bersama orang banyak dan membaca qur’an serta bertahlil kemudian bersedekah semampu nya dan pahala nya di hadiyah kepada sayyidi syekh samman ,niscaya di mudah kan rezqi nya oleh Allah Subhana WaTaala (Aby Husein al Adamy )

Komentar : Syekh Muhammad Samman al-Madani